Friday, January 1, 2010

2009 pergi. 2010 memunculkan diri.

2009 pergi. 2010 memunculkan diri.

aku (tak tau kenapa tak tulis 'aku') anggap 2009 tahun ke-dewasa-an yang sangat dewasa. semua perkara terjadi di dalamnya. semua.

januari 2009.
lelaki pertama wujud dalam rumah. hehe. 24 januari – my beloved sista menganugerahkan sorang abang ipar. mekaseh kakak. its cool to have a bro who can share football moment with you! even die glory glory bluek bluek man U & aku NEVER WALK ALONE senantiasa, kami secocok di channel sport. hahaha.
dalam bulan januari jugak, i lost my at-that-moment kekaseh. he dumped me. no. i did. ek? ok. both of us did. it was suck ok! cuba untuk bertahan dan bertahan, menerima dan menerima, sudah-sudah dibuang juga. and the 'best' part is semua tu berlaku pada malam sebelum sista mendirikan rumah tangga. wowo. kakak mendirikan masjid, surau adik terputus bekalan letrik. tragik nak mati! aku mem-blur-kan diri hari wedding sista tuh. memang langsung tak ingat pape. malam pulak, penat sesangat, pukul 9 da out of channel. esok pagi, bangun jek tido, amnesia pon pulih. hati pon pilu. jantung gedebak gedebuk. air mata takung, tumpah, lap. hati pecah siap ade bunyi macam kaca kena tumbuk dalam lesung batu. kecing! kecing! keceper! setelah sekian lama, kenapa baru sekarang benda nak jadi? aku tanya dinding. dinding tak jawab. dumb ko dinding. kasi pecah!

februari 2009.
mula bersama at-the-moment kekaseh. wahaha. aku ni bab hati terluka, kechiwa, tidak-mempercayai-lelaki-lagi bohong semata! aku bukan macam orang laen. aku tak sudi membiarkan hidup sunyi. orang dah tak nak, pergi la dekat orang yang nak. kan? kan? cinta bukan untuk ditatap bla bla dikenang bla bla. tipu!
sepanjang februari ni jugak puas laa aku jadik hos rancangan jalan-jalan cari angin baru. genting highlands, bagan lalang, habis semua ceruk dah aku jelajah dengan at-the-moment kekaseh named pakcik istiadat. dia seorang yang kerek! aku macam nak sepak jek masa mula-mula berbual dengan dia. kerek betul pakcik ni, jangan harap nak jadik steady boypren aku. ni aku nak buat pengubat luka jek ni. wakaka.

mac 2009.
dah start dah close dengan budak ipoh mali. adoih, bila pikir-pikir balik, rasa bersalah betul dengan pakcik istiadat tuh. yela, member sket punye baek dengan aku, aku pulak sedang elok jek keluar dengan orang laen. hish! tapi, takpelah. ipoh mali tu agak nice & sweet jugak. wakaka.
aku ambik muet bulan neh. dengan kerja kat opis yang bertimbun, balik kerja semedang pukul 6 ke atas, entah bila aku study, aku pon tak paham. tapi aci macam bagus pegi ambik exam. betul-betul nak kasi potong kepala!

april 2009.
sista mengandung! wah! start dari bulan neh, aku dah memanjakan sista aku tu balik. tapi, senanye die memang lebey manje dari aku ok. keji betul sista aku neh. die suruh aku balik kampung, aku balik. kat kampung, teruk jugak laa aku dibuli beliau. tapi, takpe. ibu mengandung!
aku dengan pakcik istiadat semakin close, mesra & terjamin. time ni, aku da start sayang dia habis-habisan, dah start nak tahu dia sapan apa, makan apa, buat kerja apa, pakai tshirt kaler apa, bla bla apa, sumelah! sampai satu tahap, dia isi minyak kete pon, aku nak tau berapa hengget & tahan sampai bila. wakaka. aku tipu jek weh. ingat dia rosyam nor ke aku sampai nak fanatik gitu.

mei 2009.
start dari bulan neh, hidup aku flat rate macam kadar es-em-es celcom postpaid. wakaka. semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual. cuma, duet jek tak berjalan lancar! takpe, aku berkelayakan untuk membuat pinjaman peribadi kepada agensi pa & ma. yeah!
pakcik istiadat masih sahabat sejati yang sentiasa ada bila aku jatuh, bangun, terpelecok dan sebagainya. gaduh toksah kata laa kan. dia kan kerek. pastu, aku tembak se-das jek, dia dah hambur ayat tak-boleh-blah mendengarnya. lalu? tarik rambut!

jun 2009.
aku dah tak suka dengan lelaki laen. ni habit aku! kalau dah stick dengan satu orang, aku memang tak bole dah dengan lelaki laen. macam ada perasaan mual, loya, keji bila nengok lelaki laen. makanya, aku dah langsung tak baek dengan ipoh mali. jumpa kat ofis pon, aku senyum ala-ala catherine zeta jones jek. pastu aku jalan menonong. aku dah tak hang-out dengan kawan-kawan ofis dah. dah mula jadi so-homely-type gadis! keluar dengan pakcik istiadat & beloved gadis only!

julai 2009.
dah mula dikenali di ofis. sebab dorang tahu aku boleh maen bowling. lepas tournament bowling ar, almost semua orang boleh sebut nama aku dengan selesa-nya. akak feymes u olls!!
waktu ni jugak, my hlovate datang membawa kisah duka. aku simpati. tapi, aku tak nak cuba sekali lagi. kau bukan aku. *euw.

ogos 2009.
aku berusia 23!
dan, pada bulan ni jugak, mak pakcik istiadat cakap camni kat aku. 'faizah, kahwin nanti tak payah beranak banyak-banyak. dua jek cukup'. aku nganga! aku ingat ayat & bulan ni sampai bila-bila beb!

september 2009.
“cinta terhalang oleh orang tua......”
oh! oh! oh!
bonda tak suka pakcik istiadat! maka, kadar flat rate dah tamat. perjalanan hidup lebey mencabar telah bermula. fight for your right bebeh! serang!!!!
tapi, aku takde wat pape pun. aku argue sket-sket dengan siska, pastu aku teruskan hidup macam biasa. why bother? kata aku. hati kena keras. wakaka.
dalam bulan ni jugak, abang sepupu aku yang hatinya paaaaaaling kental bertunang! dulu, beria-ia dia kata tak mahu kawen, tak mahu gurlpren. ape kes? cinta itu datangnya dari mana? jatuh dari langit atau datang dari hati? hah?

oktober 2009.
aku buat kesilapan kecil dalam hidup. i hurt myself. titik.

november 2009.
please welkem muhammad zahin iskandar! treng! treng! treng!
gile teruja dapat anak buah. rumah aku tu dahla tak pernah ade budak kecik. yang paaaling kecik pon aku! 1st time balik kampung tengok anak buah, aku malu-malu lagi. yela, tak biase! 2nd time, aku siap bole es-em-es sista aku, tanye zahin nak makan ape. balik nanti aku belikan. wakaka.
im maksu.

disember 2009.
my hlovate, kau kata kau kecewa. tapi aku tahu kau gembira + teruja. aku senang hati untuk pergi dengan senyap dan perlahan.
lelaki yang sorang ni perasaan aku sejak kat bangku skola menengah lagi. bukan kat bangku jek, kat meja, kat padang sukan, kat padang kawad, kat kantin, kat bengkel kemahiran hidup, kat makmal bio fizik kimia. dia bayu yang ada dimana-mana. cewah. series. dah bertahun-tahun dah, perasaan tak kebah. kami bukan tak cuba untuk kembali bersama. tapi, jodoh memang takde. dah banyak kali mencuba.
at-that-moment kekaseh, aku kesal dengan apa yang berlaku. kiranya masih ada ruang, aku nak betulkan semuanya. tapi, aku dah tutup semua ruang yang ada kecuali ruang legar & ruang menonton tv. wakaka.
pakcik istiadat, perjalanan masih jauh ho? jalan yang panjang. jangan takut. kita naek kereta. laju sikit. hehehe. ok, serius. pakcik, 2010 nantilah baru aku serius. ok? hehehe.

2 comments:

muhsinsenpai said...

aku yakin 2010 akan lebih mengejutkan.. tak caya cuba try, jangan mati dulu..

Cik-MeGa said...

ok. aku takkan mati dulu.