Friday, October 23, 2009

topic paling boring dewasa ini!

kawan-kawan perempuan yang se-usia dengan saya di kampong, semuanya sudah menamatkan zaman bujang mereka. tinggal saya satu-satunya perempuan yang lahir pada tahun 1986 yang masih belum berkahwin. wakaka! apakah yang berlaku…..

saya mengkaji akan hal ini. melihat dari pelbagai sudut. sudut tepi, sudut tengah, sudut cerun dan juga sudut membaca. argh!! saya stress sendiri! [padahal bukannya saya mendatangkan masalah pada ketua kampong pun dengan kahwin lewat kan? saje gedik nak mengadu konon-konon saya keras hati, boyfriend berderet tapi tak kawin-kawin lagi].

bila saya selak balik buku sejarah tumbesaran saya kat kampong ni, saya mulalah menemui punca-punca kecik kenapa saya belum dipinang orang lagi!

ketama. mungkin sebab saya keluar dari kampong! saya satu-satunya gadis se-usia saya yang sambung stadi. dorang pulak, lepas spm terus kerja kat area batu pahat jugak. tak pun, sambung stpm. pastu, keje kat situ-situ jugak. tak keluar dari batu pahat langsung! mungkin bila dah takde ape nak buat, dorang pun kawin! logik tak?

kedua. mungkin sebab kekeliruan identity. wah! ni ala-ala penemuan baru jugak ni. saya cakap camtu sebab kawan-kawan kat kampong yang se-usia saya terbahagi kepada 2 kumpulan. satu kumpulan kepala sangat gila-gila. naek motor pusing kampong, cakap sesedap oren. ala-ala gerila kiri laa. satu kumpulan lagi pulak memang sopan sesangat. gadis tudung saji gitu! nenek-nenek tengok terus berebut nak buat menantu padahal anak dorang dah umur 40 lebih! saya ni pulak tak sokong gerila kiri atau pun kumpulan tudung saji. saya boleh join dua-dua! kalau saya keluar dengan gerila kiri, habis satu kampong boleh dengar suara saya. kalau saya pergi rumah kenduri & duduk sekali dengan kumpulan tudung saji, sayalah manusia tersopan abad ini! mungkin sebab tu, lelaki-lelaki tak yakin nak pilih saya sebagai isteri mereka. entah yang mana satu entah gaknye. saya pun keliru nih! logik?

ketiga. mungkin sebab mak saya tak pernah lagi bukak pintu rumah kepada mana-mana lelaki untuk menghantar keluarga mereka merisik saya. ini kenyataan. mak saya kedekut sikit nak bagi saya kat orang laen. wakaka!

masa saya tingkatan 4 dulu, ada sorang lelaki ni merisik saya kat mak. mak menjadi angry sebab dia merasakan saya gegatal suruh lelaki tu merisik saya lalu mak menjalankan tapisan halus ke atas kawan-kawan lelaki saya. apatah lagi dengan kredibiliti saya sebagai tukang masak yang hancus di dapur, mana mungkin saya kawin sekarang. kan?
akak tak kisah pun kalau akak kawin lambat dik nun!

2 comments:

incek paranoid said...

masih terlalu muda utk kawen, blajar masak smpi terer. pepatah anak dara tua dah x releven :P

Belly-Button said...

sigh... dats wut im experiencing rite now..
kadang2 sgt menekan.