Monday, June 22, 2009

sebuah sinetron pendek “aku bukan kambing” dalam episod – kembali memagut rumput setelah beberapa hari mengalami demam kepanasan.


gelak. gelak. gelak lagi. sebab apa gelak? sebab tajuk tu kelakar gile! gelak! “apa kejadah sangat perasan gile gadis neh?” getus inche paranoid dalam hati. namun itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk gelak lagi. saya memikirkan tajuk ini sambil meletakkan tangan atas dahi. sungguh beria saya mewujudkan tajuk ini. malah, tanpa disertai dengan isi kandungannya. wahahaha, sungguh eksotik saya ini. zureen, eksotik tu hape?

saya demam terok weh orang kampung! saya pergi klinik, pergi hospital, pergi ofis, pergi balik. tinggal belum jumpa dukun, bomoh dan pawang handal je. sebab kat putrajaya tak menawarkan khidmat-khidmat tersebut. saya sendiri tak menyangka saya akan menjadi seteruk ini. badan saya sakit-sakit, suhu kejap naek kejap turun, fening-fening lalat, rasa mual-mual nak muntah dan sebagainya. rakan-rakan serumah dengan senang hati mengatakan saya dijangkiti virus H1N1. kawan lelaki saya yang namanya comel menurut zurina omar pula mengatakan saya mendapat symptom demam denggi. sangatlah keji mereka ini kerana tidak mendoakan yang baik-baik buat saya.

rabu malam, saya dibawa ke klinik. doc kata saya dijangkiti virus. apabila saya tanya virus apa, dia menjawab begini…

“jangkitan virus… em, jangkitan virus lah…”

ooowww, jangkitan virus lah! saya mengangguk lemah. janji MC dah dalam tangan.

khamis, saya sudah sehat. boleh gelak golek-golek sambil berlari anak dalam rumah. mak aih, comelnya saya! namun jam 3.30 pagi awal jumaat saya jadi saket kembali. mengapakah ini terjadi??

jumaat pagi saya nekad ke hospital jam 6.30 pagi. (cewah, nk buat jurnal pulak). sementara menunggu keputusan ujian darah saya, saya mengalami satu atau dua atau tiga atau enemploh empat perasaan yang pelbagai. kalau betul-betul H1N1 macam mana? ( bila masanya pulak den pegi amerika sarekat?), kalau betul-betul denggi sape nak jaga kat hospital?? arghhh…. tertekan! lalu saya jatuh tersungkur di bilik kecemasan. (bintang kecik: daripada perkataan ‘lalu’ hinggalah ‘kecemasan’, ianya tipu belaka). doc kata saya tak mengalami saket yang teruk pun. malah, demam pun tiada. saya memandang doc dengan wajah yang berkerut. ok, doc kacak. di tag namanya tertera nama KIRAN. saya maafkan sajalah kata-katanya yang agak gagal logic itu. doc, tolonglah mengerti. jika saya ingin membuat lawatan sambil belajar sekalipun ke hospital putrajaya yang santek ini, saya pasti memilih waktu yang laen. bukan jam 6.30 pagi. akhirnya saya MC lagi...

sekembalinya ke ofis hari ni, saya menjadi saket kepala kembali untuk lingkungan 20%. kerja saya sangat banyak!!!! saya mahu MC laaaagiii.....

5 comments:

Anonymous said...

have a good rest:)
wtf wtf hahahhaha

minta maap la, tepon aku meletup tak dapat nak reply mesej RENdu kau dgn asap.
seolah-olah aku sungguh tidak mengambil berat(berat aku masih tak naek-naek oh)T___T

Unknown said...

owh sunguh kesian, have a rest in peace k?

p/s internet saya kna ptg sbb mls bayar, dan sbb saya paranoid nk guna online banking biarkn sy jd manusia zaman batu utk seketika

tulipbiru said...

cian nyer dier..
nsib la "ad" yg tke cre kn ;p

Saiful AmmaR said...

cik mega kite ni ok ker? bile ko tak update blog ko ni. sunyi.. blog ko ni mcm hiburan untuk aku tatkala tension dengan keje...

Cik-MeGa said...

zurina: tq for wtf wtf ko. kerna itu aku sembuh.

paranoid: kes anda patut dirujuk ke pakar psikiatri. serius neh.

tulip: hehe. raaaamai plaknye yg tc..

saiful ammar: aku kan badut! badut mmg menghiburkn! weh, da tgk sirkus kena bayar laaa!