Tuesday, June 16, 2009

kegagalan komunikasi tidak seperti kegagalan mempamerkan wajah air muka!

ehem-ehem...
al-kisah....
di ofis saya, ada seorang timbalan pengarah yang sudah agak berusia. bagi saya dia seorang yang dihinggap gegata. saya memerhatikan dia sering mengendeng di meja gadis-gadis muda lalu memberikan sepatah dua kata yang manis-manis belaka sambil tersenyum menayang barisan gigi yang ala-ala putih tak berapa. saya malas untuk masuk port dalam perbualan beliau ketika sedang mengendeng di meja para gadis kerana saya jenis tengok dan simpan diam-diam. lagipun saya seroang yang gagal menerima ayat manis lelaki (poyo!). saya bimbang saya gagal menunjukkan muka malu-malu yang tepat jika beliau bermanis madah dengan saya. makanya, lebih baik duduk jejauh dan diam saja.

pagi ini, saya jejak ofis jam 7.30 pagi (awalnye! macam chekgu pulak!). sedang saya duduk-duduk membelek barangan di desk saya, muncul-lah timbalan pengarah ini. waktu itu saya tahu dia akan mengendeng di meja saya. dan, jangkaan saya tepat! dia mula menebar jala dengan ayat-ayat manisnya (perasan diri saya ini anak ikan yang hot!). saya hanya senyum-senyum sumbing. sumpah! saya tak tahu nak buat muka macam mana. gagal kelas mimik muka saya neh! mungkin, die berjaya mengesan wajah ngok-ngok saya itu, lalu tibalah kami pada perbualan di tahap ini…

beliau: u takut dengan i ye?

me: tak adalah…(muka control cuak tak cuak)

beliau: u jangan takut. i bukan peragut beg tangan wanita. i cuma mencuri hati wanita…
fuhyo! giler-lah! ayat sanskrit tahap tak hengat. ouwh~

kemudian, beliau ingin menapak pergi.. TAP! akal saya memproses sesuatu..

me: haji…. (itu memang panggilan untuk beliau)

dia menoleh.

me: saya pulak bukan seorang yang menolak cinta lelaki, tapi saya mematahkan hati lelaki…

beliau diam lalu mengangkat kedua belah kening beliau. tu dah buat gaya habis kacak lar tu! waaaaaa! gelegak darah geli mak nokk! keji~

9 comments:

Anonymous said...

u broke my robotic heart.

penah dpt ayat neh?
kalau penah, kita sama hebat.
hek

Anonymous said...

2011,
aku tak nak tgk atas pelamin ko dgn haji neh.

Anonymous said...

takot x tgk gmbr aku neh?
sangat fake.
ahh aku mmg fake & fade.yes!

*OK boleh kira brape komen aku

Unknown said...

mungkin tuan haji itu seorg yg berpegang pada kata2 "life begin at 40" anda patut berkata "ADAKAH BILA KERANDA DIBAWA BARULAH BERCUCURAN AIRMATA?"

PennyRoyal Tease said...

mungkin pak haji tu peminat richard gere

gadisDirga said...

geli... umah kata pergi kubur kata mari...

MALU! MALU~

karatz said...

yahaha..good offenses
pdn la moka itu si tua

tulipbiru said...

uishh..seram btOi klu ketemu sma lelaki spt "haji" ni..;p

Cik-MeGa said...

zurina omar: keji.
ni pakej. reply utk sume komen2 ko. =p

paranoid: apsal matburn sahabat tuan hamba tu kedekut blog. cit podah! wahahaha.

matburn: perlu ke sy tnye die? em..

zee: saba dik saba...

karatz: rambut die dye ok. tuo x tuo sgt. hahaha.

tulip: aik. echa bukak cte hantu ke nk seram2 neh?