Tuesday, March 17, 2009

ruang lingkup aku, kau dan kita...

baru sudah.. aku meneliti gambar terbaru kawan-kawan dan teman-teman seangkatan waktu di puncak. terdetik jauh di sudut hati. ada rasa rindu. tapi, aku malu nak mengaku. entah. tak pasti kenapa.
kawan-kawan. mereka sudah berada dalam suasana yang baru. baru. yang sambung degree, gambar mereka yang terkini masih membimbit fail dan buku dihadapan fakulti. yang sudah terlibat secara langsung dengan industri pulak, gambar mereka yang terkini, sedang berpanas di bawah matahari bersama kamera dan krew-krew produksi. dulu, memang ada gambar macam tu. tapi, dulu aku selalu jumpa kawan-kawan seangkatan tu. maka, tak heran dengan aktiviti harian mereka. tapi kini. mereka sedang berada di ruang lingkup yang baru.
demi membelek album hang-out mereka, aku jadi bingung jugak pada awalnya. macam-macam ayat yang keluar. contohnya...
"eh, kenapa si A ni boleh kua dengan si B ni pulak? A ni kan budak teater, B ni kan budak skrin"
"woo, dorang ni dah duduk satu umah la skang"
"eh, tak sangka pulak si D ni boleh masuk kepala dengan geng-geng si R"
macam tu laa telahan aku. hingga satu masa aku jadi lupa mereka tu batch aku atau junior atau senior. kerna, mereka semua kini bergaul sama. =)
teruskan persahabatan kalian kawan-kawan seangkatan. aku tumpang gembira. jauh di sudut hati, aku rindu. rindu nak moody-moody dengan korang, rindu nak buat muka kerek dengan korang, rindu nak buat muka plastik dengan budak-budak kelas korang....dan rindu nak bergossip dengan kawan-kawan kelas aku tentang korang...
ketahuilah, dalam ruang aku kini... masih ada kalian...

5 comments:

tulipbiru said...

ye lor..
rsa kita da mkin jaOh dr "hati" punCak kan..

amer zaman said...

touch-ing...

Cik-MeGa said...

tulipbiru: eh, echa x jauh.. ade gak dtg sane.umiey jek! =p hohoho.

amer zaman: me too.

tulipbiru said...

hehehe..msa x m'izinkn lor echa..

Aina said...

tah umiey. umiey je yang bz!!! hehehe
same2 pun bz lah
semua pun masa tak mengizinkan sebab masing2 pun dah berbeza jadual harian
ape2 pun,

rindu nak tengok echa menilai kedatangan lecturer...

:P

p/s: en zack kate die dah tak mengajar sebab tamat kontrak..ha???