Friday, February 20, 2009

alahai hati gumbira!

"eventhough i feel bad, i am deeply and completely love and accept myself"
selamat hari jumaat!
hari ni best. datang ofis pun semangat lain macam aje. ada bunga-bunga gumbira. hati senang. nak tahu sebab apa?? sebab pagi ni kena attend satu ceramah. maksudnya, selama dua jam tak perlu duduk kat meja dan menghadap kerja yang kadang-kadang memeningkan kepala. dapat pulak ceramah yang best sesangat! tajuk ceramah tu...."psychological of men and women". ceramah ni khas untuk pegawai wanita sahaja. lagi lar best! kod berkelakuan bebas! hehe..
dalam berpuluh-puluh contents yang diberi oleh puan YM penceramah, yang paling aku suka tentang quotation kat atas tu. maka, hanya ayat tu yang aku tulis dalam buku yang aku bawak. yang lain-lain, aku dengar dan simpan dalam kepala. dan sekarang, aku hampir-hampir nak lupa pun semuanya!
cuma! ada satu yang aku senantiasa akan ingat. kata YM penceramah, wanita ni kalau melihat lelaki, yang termaktub dalam kepala adalah tentang tinggi, paras rupa, pekerjaan, perasaan... lelaki pulak kalau tengok wanita, satu-satunya perkara yang mereka akan fikir adalah aset wanita. body figure semata-mata. ini bukan cakap-cakap kosong. ia adalah fakta berdasarkan kajian yang dibuat. betulkah? lelaki, bagi lar pendapat (harap-harap mukhsin komen =p)....
p/s: selama beberapa bulan aku puasa makan mcd sebab nak makan dengan kawan-kawan, tapi malam tadi puasa mcd aku batal! semua gara-gara nurul yang dah mula gile dengan kentang mcd! takpe, puasa pizza masih berjalan dengan lancar!

5 comments:

muhsinsenpai said...

nak aku komen?

lelaki = makhluk visual, makhluk yang lebih kepada tindakan fizikal..

dengan kata lain lelaki akan suka benda yang menarik perhatian, dan akan bertindak secara fizikal

wanita = makhluk verbal, makhluk yang lebih kepada tindakan emosi

dengan kata lain wanita akan lebih banyak mendengar dan bercakap, dan akan melibatkan orang lain dalam menentukan reaksi/tindakan.

wanita lebih holistik dalam membuat sesuatu, lelaki lebih praktikal dan pragmatik..

akhir kata, perempuan lebih sesuai jadi ibu, lelaki lebih sesuai jadi bapa.

karatz said...

haha..da fakta base on research..btol la tuu..
*ini komen menerima seadanya


ish,apa plak gitu...
xsume org laki mcm tu..
*ini komen membela diri sbg seorg lelaki


pompuan pon samalaa..cuma pyh nk korek rhsia mcm ni ngn dorg..
wlpun xde fakta,tp ini pengakuan dr kwn2 yg suka tukar2 awek..
*ini komen mnyalahkan kaum pompuan


moral: melihat dgn mata hati..menilai dgn hati budi..

tulipbiru said...

nmpk nya pose mcD umi pn xkn kekal lama..
dpt gji next week mau gak double cheese burger..ahaks..

Cik-MeGa said...

musinsenpai: muhsin, aku mcm nk ngorat ko lar. ko ade ciri2 pakar motivasi idaman aku. heh...

wanita = makhluk verbal, makhluk yang lebih kepada tindakan emosi

setuju!

karatz: ye, menilai dgn hati budi. btw, thax!

tulip: double cheese is my fav too...

Unknown said...

lelaki pandang figure?
sbg lelaki saya 100% setuju :P