Sunday, December 28, 2008

innocent di hujung tahun!

satu tengah hari yang panas. aku menerima es-em-es dari kawan yang berjantina lelaki.

"balik tak minggu ni? ada benda nak cerita"

namun, aku gagal membalasnya lantaran kehabisan kredit. pada malam harinya, setelah menebus kadar berbual RM1 dari Hotlink, aku membalas mesej tersebut.

"balik. ada dekat rumah ni. kalau ada apa-apa hal nak bagitahu, call jela."

dalam kadar 15 minit, bunyi es-em-es menerjah ke gegendang telinga aku. dari nombor yang tidak aku kenali.

"awak ni siapa? kenapa nak bagitahu F yang awak balik?? kenapa nak suruh dia call awak???"

aku membalas.

"siapa ni?"

dia membalas.

"saya girlfriend F la!! takkan mak awak pulak! boleh tak jangan menggedik dengan boyfriend orang?? kalau takde boyfriend, pergi lar cari sendiri!! jangan nak rampas hak orang!!"

aku dapat merasakan suhu telinga, hidung, mulut, mata dan segala abdomen yang dipunyai oleh aku sepert menggelegak melebihi 100 darjah celcius. ikutkan hati, mahu sahaja aku membalas es-em-es tersebut dengan beberapa ayat yang berupa caci maki yang dilarang ditulis di sini. tapi, aku terfikir sesuatu. mungkin, si lelaki tu telah memutarbelit ayat kepada girlfriend dia untuk melepaskan diri setelah ke-kantoi-an dia meng-es-em-es perempuan lain. maka, aku rasa target suhu aku yang menggelegak adalah pada si lelaki. ayuh, apa kata aku balas es-em-es kepada si lelaki.

"awak.. nape tak cakap awak dengan gf awak. sori, saya tak tau. takpelah, malam ni awak keluar dengan dia dulu. tapi, esok jangan lupa tau kita pergi tengok movie sama-sama. awak dah janji kan nak bawak saya keluar......"

dan, setelah itu deringan telefon menandakan ada pemanggil yang akan memaki hamun aku. tapi, aku mengambil inisiatif untuk tidak menjawab. sorry babe, i dont talk to stranger!

pesanan untuk lelaki jika berlaku hal seperti ini:
jangan cover line anda dengan menjatuhkan nama baek kawan sendiri.

pesanan untuk perempuan jika berlaku hal seperti ini:
sebelum salahkan gadis lain yang innocent (dalam konteks ni aku lar tu), hentam teman lelaki anda terlebih dahulu!


9 comments:

tulipbiru said...

uishh..
btOi la kureng sopan si lelaki tue...
bguz gak rply sms cm 2 ;p

Cik-MeGa said...

ni namenye simptom kawan makan kawan.

Aina said...

perempuan tu mengong~

macam dia seorang ada pakwe

buduh~

Cik-MeGa said...

mastikus: macam lar org laen nk sgt dgn pakwe die..
buduh lagik~

karatz said...

on my opinian lh..
laki ngn awek dia tu..dua2 bangang

Cik-MeGa said...

karatz: memang bangang pon. buat sy bengang!

ayap said...

hebatnye...tu je aku leh ckp.

Rye said...

hak hak hak...
lawak2...bagus ko tulis sms camtu!!

padan!!

Cik-MeGa said...

ayap: sape hebat?

muse: klu ko pon mst ko tulis cmtu. kan? hehek.