awal malam- huh! letih~
dengan keadaan diri yang takde jiwa untuk raya, aku perlu jugak masuk ke dalam fenomena orang-orang yang nak berhari-raya-sakan... contohnya, Dek La & Bonda! hailaa.... aku menjadi driver mereka untuk satu malam yang meletihkan. JGA tu hak mlik Dek La, tapi dia tak berani nak drive. maka, aku-lah supirnya! aku layankan aje. die memang macam tu. manje~
sesak sungguh BP Mall!!! tak sukanya!!! tapi demi Bonda, aku aci redah jugaklah. Dek La nak belikan aku kasut raya tapi aku menggeleng comel (bajet comel sebenarnye!). aku tak perlu kasut-kasut raya neh. selipar jepun rm5 yang aku beli kira orait lagi untuk ditaram. hahahaha! Bonda berbual dengan satu makcik neh (ya, sungguh peramah bonda aku neh!). borak punya borak, makcik tu kate die dari daerah Segamat. datang batu pahat sebab nak shopping. aku menggerutu dalam hati. patotlah trafik batu pahat sesak mak cik oiitt!!! lepas tu, aku mule buat reserach peribadi. meneka-neka dalam hati pengunjung dalam BP Mall tu dari daerah mana agak-agaknya. cuci-cuci sekali mata tengok lelaki-lelaki. tapi, yang tak bestnya bila hujung-hujung, lelaki-lelaki tu elok aje mengikat kemas jemari gadis-gadis mereka. okay, he's yours~
tengah malam- aku memujuk hati. sudah tak mahu menyombong lagi. soalnya, aku sendiri tak mengerti kenapa aku jadi macam neh. sungguh! aku tak lari! aku tak mintak si dia pergi! tapi, itulah yang terjadi!
erm, Dek La nak belikan selendang. aku pilih warne putih! balik aje, die beria pakaikan aku selendang tu. time kaseh la kakak-ku...
1 comment:
comellnye kamu due beradik!
Post a Comment