Monday, July 28, 2008

untuk kalian yang dewasa....





petang tadi aku memerhatikan ana main dengan bayang-bayang yang terbentuk dari cahaya yang menerobos masuk melalui lubang udara rumah. dia nampak leka mengejar punca cahaya. sesekali terkebil-kebil memandang sepasang kaki hitam iaitu bayang-bayang kepada kakinya sendiri. tika dia menyedari aku sedang memerhati keletahnya, dia akan mengekeh ketawa dan menyambung research peribadinya tentang bayang-bayang. dia mengejar bayang-bayang tersebut. kemudian, berlegar-legar di cahaya. usianya 1 tahun empat bulan..
dia membuat aku termenung dan berfikir tentang yang namanya manusia...

adakah aku juga begitu? pernah mengejar bayang-bayang dan cahaya ketika usiaku sama seperti dia?

tapi kini, tika aku dewasa sedikit, aku menjadi marah bila hidup aku dijadikan bermacam rupa. aku kerap kali mengatakan aku tak dapat lari dari bayang-bayang sejarah lama. aku seperti dikejar bayang-bayang kegagalan masa silam. ayat-ayat tu semuanya aku tiru dari drama-drama melayu dan akan aku lemparkan dalam diari ungu bila aku rasa hidup aku dekat-dekat nak jd tak menentu. ye, aku tiru dalam drama melayu.

kemudian, aku teringat pula pada segelintir kawan dan teman yang takut dengan cahaya matahari. kecuali xurin. dia takut dengan hujan. tapi, hujan yang lebat takpe. berbalik pada cahaya matahari. kawan dan teman yang takut pada cahaya akan mintak aku berjalan dengan pantas. "panas ni! cepatlah sikit!" aku pun agak takut dengan panas. sebab kepala aku akan jadi sangat saket akibat cahaya matahari yang terik (kesan drpd x pakai tudung barangkali).

si kecil- mengejar cahaya & bayang-bayang...
si dewasa- lari dari bayang-bayang & mengelak cahaya matahari...

teori ini membuatkan otak aku memproses satu fakta yang aku yakin dengan kesahihannya.
"budak kecik ni suci. dorang takde dosa. kalau mati, syurgalah tempatnya.."

si kecil- suci....
si dewasa- ................

aku terus ambik ana dan bawak dia jenjalan kat luar rumah. aku nak dia tahu, dunia ni luas untuk si suci seperti dia...

9 comments:

Zumar Mariah said...

memilih satu antara si kecil dengan si dewasa dlm mhadapi ancaman maut...
lepaskan si kecil & selamatkan si dewasa sbb si kecil itu suci~

Aina said...

lebih baik kejar bayang2, sebab bayang2 itu pasti ada,
dari menjadi dewasa yang sering mengejar sesuatu yang tak pasti ada, sedih gak tu..
huhuhu..jadi si kecil tetap pasti!

Miss LaraLady said...

yela.. klaka ingat kecik2 dulu main kejar2 bayang2 sendiri..

fAtrinA said...

hye~
jadik c kecil smpai bila2 kan besy..huhu

Cik-MeGa said...

renhalus: atas sebab itu, seorang suami memilih untuk menyelamatkan isteri berbanding bayinya ketika isterinya mempunyai masalah semasa melahirkan...

mastikus: ayuh jd kecil semule!

miss laralady: kamu anak kecil yang normal~

fatrina: zaman da berubah. dunia da semakin maju. x mungkin bole jd anak kecil je...

zhfrz said...

ungu, setiap kanak-kanak adalah artis. berimaginasi, daydreaming dan berfantasi dalam dunia yang diciptanya sendiri.

fuck

dan bila dah besar,

hm

anyway, kenapa ramai perempuan takut cahaya matahari/panas?

Cik-MeGa said...

zhfr: gadis takut panas sbb takut kulit gelap.... lelaki pon ade yg takut panas. jgn x taw...

zhfrz said...

ya saya akui itu cik ungu.

haha
puising2
ok nice blog n rajin taip nampak

Cik-MeGa said...

zhfr, sy suke pd yg namenye blog. sbb ia macam sy dan dunia kecil sy. maka, sy rajin menaip.
berminat utk hire sy sbg jurutaip anda?
hehe...