Monday, May 5, 2014

anak awak cakap bahasa apa?

back to 2004. kalau jumpa budak 3 tahun cakap english, saya memang kagum-gila-gedebak-gedebuk punyalah!
this is 2014. dari anak PTD, anak Kapten sampailah anak PA dan anak Koperal (sekadar menyebut kerjaya yang dekat dengan saya) pon dah cakap english. dengan cabaran kerjaya yang juga memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris, siapa yang tak berlumba-lumba menerapkan bahasa inggeris pada anak. saya jugak berkeputusan macam tu. kami: saya dan husband dah discuss yang husband akan cakap Bahasa Melayu dan saya akan cakap Bahasa Inggeris dengan anak. tapi kini, pendirian saya berubah.

mulanya, saya cuma baca beberapa kajian dari pakar kanak-kanak tentang perkembangan si kecil. antara perkara menarik yang saya baca ialah tentang suddent death (nauzubillah) dan bahasa utama anak. dalam kajian-kajian yang saya baca tu mengatakan anak akan lewat bercakap jika di rumah terdapat lebih dari 1 bahasa. ada pakar mengambil contoh sebuah keluarga yang menetap di Kuala Lumpur terdiri daripada Ayah dan Ibu yang berasal dari Sarawak. bahasa pertuturan Ayah dan Ibu di rumah adalah bahasa Sarawak. masalah timbul apabila bahasa rasmi di sekolah adalah Bahasa Melayu dan kemudian Ayah dan Ibu cuba mengajar anak berbahasa Inggeris. si anak kemudian berhadapan dengan masalah lewat bertutur. apabila kes dirujuk kepada pakar, pakar mendapati anak menjadi keliru dengan kepelbagaian bahasa di sekelilingnya. selain tu, saya jugak melihat perkembangan kanak-kanak (anak kawan) yang turut mempunyai masalah yang sama. ya, mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. tetapi hanya mula bertutur pada usia 5 tahun!

selain tu jugak, kata-kata logik beberapa pihak membuat saya mengubah pendirian saya itu. ada seseorang tanya "mak kamu cakap english ke dengan kamu dulu?" saya jawab "tak". dia tanya lagi "macam mana penguasaan english kamu?" saya diam tak jawab, dan hanya berfikir. dia cakap lagi "jika saya yang mengajar english di universiti ni jugak tak pernah diajar cakap english semasa kecik, kenapa perlu saya beria-ia ajar anak saya sekarang?" yes, make sense.

namun, saya masih tak menolak pendapat dan kajian dari pakar yang mengatakan kanak-kanak mampu mempelajari 5 bahasa pada awal usia mereka. 
saya cuma membuat satu keputusan biasa untuk anak saya iaitu saya tidak akan mengajar anak bertutur dalam bahasa Inggeris. saya akan membiarkan mereka mempelajarinya di sekolah.

*entri ini ditulis dari pagi sampai ke petang! kekekekeke

No comments: