Monday, October 4, 2010

kawan, mari baca luahan terkilan aku pada mereka yang cetek fikirannya.

kawan @ cik payung,
aku baru tersedar yang kau rajin singgah laman aku. jadi, aku ambik peluang ni untuk spill salah satu perkara yang aku asyik kata nak spill.

cik payung, aku kecik hati + terkilan dengan sesetengah orang kat sekeliling aku. baik, aku bukak pekung di dada aku dan mereka. mereka mempertikai aku memilih seorang tentera darat berkelulusan SPM sahaja sebagai calon suami.

sejak aku bertunang, bos aku asyik bahan aku. katanya: "kenapalah kau pilih mat tiarap. macam dah tak ada lelaki lain". aku pilih untuk senyum. kemudian, bila berpeluang dia akan sebut lagi. katanya: "kau ni tak sabarlah echa. sepatutnya kau boleh dapat yang lebih bagus". aku cuma senyum.

tadi dia cakap lagi. katanya: "aku tak faham kenapa echa ni boleh pilih mat tiarap". dan tadi dia cakap depan kawan-kawan se-unit aku. kali ni, aku tak senyum. aku cuma pandang wajah tua dia. dan aku diam. kenapa pilihan hidup aku mendatangkan masalah pada si tua ni? dia takut kalau aku tak cukup makan nanti aku mintak duit dia ke? atau bila mat tiarap tu tinggalkan aku & anak-anak aku, dia takut aku menumpang berteduh kat rumah dia ke? kenapa?

fine ah fine. dari sudut positif, dia seorang 'bapa' yang inginkan yang terbaik untuk anak-anak. tapi berapa peratus perlunya dia untuk sebut perkara yang sama depan aku? ya, badan aku besar. tapi hati aku kecik. sangat kecik.

come on people.

kalau seseorang tu tak belajar kat universiti tak bermakna dia bodoh bukan?
kalau seseorang tu tak bekerja dalam pejabat tak bermaksud dia miskin wang ringgit bukan?

cik payung...
memang. aku ada banyak pilihan.
memang. ada pegawai lelaki ber-gred tinggi nak berkawan dengan aku.
ada budak lelaki ber-gred biasa nak berkawan dengan aku.
aku boleh pilih yang ada ijazah kalau aku mahu.
aku boleh pilih yang bekerja dengan berkemeja & seluar slack jugak bertali leher kalau aku mahu.
tapi.....
mestilah ada sebab kenapa aku pilih untuk bersama yang ni.
sebab yang tak perlu untuk aku bercerita menjelaskan pada sesiapa even pada mak aku.
emmm, mak aku pun tak mintak 5 sebab kenapa aku pilih lelaki ni.

esok, kalau bos aku ulang lagi perkara yang sama, aku tak tahu wajah yang macam mana yang aku nak tunjukkan lagi.
aku tak mahu menitiskan air mata.
itu kebimbangan aku. aku selalu kalah pada cakap-cakap orang lain.
bukan sedih. tapi sebak.

2 comments:

Saiful AmmaR said...

kadang kala org akan meng-anggap kita tersalah buat pilihan.. kadang-kadang org jugak tersalah menilai seseorang tu hanya kerana luarannya sahaja.. tapi aku percaya bila echa buat keputusan.. itu yg terbaik untuk dirinya... mulanya aku terkejut... siapa hero yg berjaya menambat n menawan hati seorang wanita yg seperti echa.. ijazah, sarjana, berkemeja, bertali leher, belum menjanjikan kebahagian.. ber-wang ringgit berkoyan-koyan belum tentu dapat membeli cinta.. bila mana hati dah yakin.. dia lah orgnya.. selamat menghadapi ujian sebenar bergelar manusia.. biar lah ape org nak cakap... diorang sebenarnya jeles je tu.. hehe..

Cik-MeGa said...

thanks a lot alang. aku tak carik yang banyak wang ringgit sbb aku sendiri mampu carik wang ringgit tu. aku mencari orang yg boleh bagi aku benda yg aku tak mampu dapatkan sendiri. =)