menjengah akhbar akhir-akhir ni, buat aku rasa kesal dengan kelembutan wanita. kelembutan tu tak salah. pengenalan orang timur katanya. tapi, kalau lembut tak bertempat, adehhh, rasa jelik pula.
al-kisah, seorang pelakon lelaki dah pun dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memukul isterinya. dari laporan berita yang aku baca, dia memukul bukan sekali. tapi berkali-kali. dipendekkan cerita, mahkamah mintak dia bayar pada isteri. dan dia pun memohon maaf kepada isteri dia.
tahu-tahu surat khabar esok dah laporkan dia pukul isteri dia lagi! inilah namanya orang yang berotak binatang ye kawan-kawan. engko tu dahlah selebriti. engko jalan kat shopping complex terpijak taik pun orang report masuk majalah beb, inikan lagi engko buat bini macam puppet. kann? itu dah sahlah kategori lelaki yang akan aku jerit booooo kat dia kalau aku jumpa dia tengah jalan satu hari nanti. bebal.
yang isteri ni, dah kena pukul, buat apa lembut hati lagi ngikut suami. terang-terang suami menyakiti. jenayah sivik pon ye, jenayah syariah pon ye. (kedengaran rakus bila aku buat ayat-ayat ni yek). jangan takut tak boleh hidup tanpa suami untuk besarkan anak-anak. banyak peluang yang kau boleh dapat untuk terus hidup. sekarang ni pun, macamlah dia bagi kemewahan kat kau. nak bayar duit yang mahkamah suruh pun, ambik dari mesin atm kawan. apekah itu? awak muda lagi, cantik pulak. satu lelaki samseng pergi, mahu sepuloh vvip carik. kann?? waka waka eh eh. gila jahat ayat aku.
hal-hal macam ni akan aku jadikan motivasi dalam diri. lelaki boleh memainkan peranan lembut tetapi hakikatnya dia belum tentu seperti itu. jangan percaya pada topeng mereka. lihatlah di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment