Sunday, June 27, 2010

he said...

dia kata...
"walau marah macam mana pun, saya tetap nak jumpa awak".
dia tak tipu. dia datang jam 1.20 pagi.

dia kata...
"walau awak marah saya macam mana pun, saya tetap sayang awak"
dia tak tipu. aku TERtampar dia kerana terlalu marah, kemudian hari dia cuma gelak-gelak je bila ingat balik hal tu.

dia kata...
"walau penat macam mana pun, saya tetap nak ajak awak keluar"
dia tak tipu. dia habis duty 0630, dia akan terpacak kat putrajaya 0700 untuk ajak aku pergi sarapan.
(even 80% waktu keluar tu akan masam-masam muka sebab aku paling benci bangun pagi dan dia sangat penat belum tidur)

TAPI....
bila aku tersangat-sangat sakit hati, dia cuba explain dengan mengeluarkan ayat yang paling baik dan menenangkan, aku tetap akan kata..

"AWAK TIPU!"

sebenarnya, dalam hati aku tersangat-sangat percaya. masalah aku kat sini adalah aku terlalu manja. terlalu dimanjakan oleh dia. im sick with it.

im sorry darling. i just really love u. =)

4 comments:

Unknown said...

good~

Cik-MeGa said...

we are good. =)
hope u always good too.

ratnakesuma said...

tersangat manja...


same situation... :)

Cik-MeGa said...

ratnakesuma: ek, u too? good. =)