Saturday, February 27, 2010

tragis di keretapi tanah melayu.

tadi...
menggunakan perkhidmatan ktm dari kl sentral ke stesen batu tiga, shah alam. aku yang pantang duduk-akan-terlelap neh pon mula menguyukan mata. prinsip, "biar tak cukup makan, jangan tak cukup tido", maka gemuk juga kan tetap teguh dipegang. ahhh, mula nak lena...

stesen angkasapuri.
treng reng reng!

telefon sape entah berbunyi tak sedap langsung sebab polifonik takde lagu! terbeliak bijik mata aku! telepon uncle endia tua berbunyi. tempat duduk dia selang dua orang kat depan aku. tempat duduk ktm sekarang berhadapan macam dalam LRT, so aku dapat lihat dengan jelas aksi uncle endia tua terkejut bukak mata (jugak biar tak cukup makan, jangan tak cukup tido barangkali) ketika telefon beliau berbunyi bapak nyaring level 5!
uncle endia tua menyerahkan telefon pada sahabat beliau, uncle endia muda. uncle endia muda jawab telefon, dengan nada suara pon level 5 jugak! arghh! kenapa segalanya kuat?? kenapa?? kenapa??

sebaik perbualan tepon dorang tamat, keadaan sunyi balik. aku teruskan prinsip aku balik, mula nak lena balik.

stesen seri setia.
treng! reng! reng! reng!

huwarghhh! mata terbeliak otomatik balik! uncle endia tua serah tepon kat uncle endia muda balik! uncle endia muda jawab dengan lantangnya lagik! ish, ish, ish!
rasa macam nak tekan butang silent. tapi takde butang silent kat dalam tren tuh! fine, sabar cha sabar. kata otak aku.
apsal uncle endia tua tak jawab jek sendiri! takde laa suara dia kuat macam uncle endia muda KOT kan?
ish, ish, ish!

menghampiri stesen batu tiga.
treng! reng! reng! reng!

"tolong laa jangan bagi tepon kat uncle endia muda. tolong laa uncle endia tua!" aku bermonolog seolah-olah sedang mementaskan teater.
yes! uncle endia tua menekan sendirik butang menjawab panggilan kat tepon beliau! aku bebas dari kelantangan suara uncle endia muda! yess! aku senyum bangga, meleret...

malangnye.....
SUARA UNCLE ENDIA LEBIH KUAT DARI UNCLE ENDIA MUDA!!! LEVEL 8!!!
air mata dah bergenang dalam mata aku. aku betul nak nangis ni tau. ini betul-betul satu pengkhianatan dalam hidup!
ni mana pulak stesen batu tiga tak sampai-sampai ni? drebar ktm ni ikut jalan jauh ke ape??!!

No comments: