Monday, August 17, 2009

seminggu sebelum al-mubaraq...

saya itu orangnya suka bangat sama shah alam. sik tau kenapa. tapi, kalau ade kawan-kawan ajak hang-out ke shah alam, pantas betul saya mengerah kudrat yang ade, walaupun saya tahu perjalanan saya agak sukar. saya perlu ke kl dulu untuk tukar bas atau gunakan perkhidmatan komuter ke shah alam. tapi kerana itu adalah shah alam, maka saya rela bangun seawal pagi untuk segera tiba ke bandar anggerik tu. aneh hoo?
kawan lelaki saya yang mana ayuh saya gelarkan namanya inche istiadat sangat suka geleng-geleng kepala dengan keaktifan saya jika mahu ke shah alam. malah, saya pernah mengajak beliau ke pasar sehari di shah alam pada pagi hari ahad. padahal kat putrajaya ni pun berlambak je pasar pagi. dia selalu tanya macam ni…

“apa ada kat shah alam tu sampai awak suka sangat gie sana?”

saya akan jawab..

“ade zee, lea gan sopi…” lepas tu saya gelak-gelak kecil sambil menutup mulut tanda sopan. keji hoo?

sabtu lepas, saya ke shah alam dengan umiey. jumpa zee, zatie, ika & peina. ok, ika & peina cuma datang untuk makan je dengan kami. hohoho. kemudian, usai makan kami ke bowling membuang bola, lalu ke karaoke. zee sorang aje yang melontarkan vocal sebab saya, umiey dan zati tak mampu menandingi vocal zee. syok! jenuh jugak laa inche istiadat hantar 3-4 es-em-es barulah saya balas 1. hohoho.

saya pernah berkira-kira untuk beli se-lot tanah dan jugak sebijik dua rumah (kena tunggu kaya yang tahap gaban ar kot kan) lalu berpindah ke sana, namun apabila memikirkan jarak jauh dengan tempat kerja, ok la sudah-sudah la berangan minah jenin. lagipun beberapa tahun dari sekarang, kawan-kawan dah tak ada kat shah alam. time tuh, mau setahun pon belum tentu nak jejak shah alam. wakakaka!

malam semalam, saya lagi nonton final Pilih Kasih. bukan nak tengok sangat pon, ada lar sebab-musababnya. sebaik sofian bujang or chopie diumumkan sebagai pelakon lelaki terbaek, saya jerit sakan woo. lalu rumah mate saya tegur.

rumah mate: woi, dia bukan juara. menang pelakon lelaki terbaek je pon..

me: hehehe….aku excited beb!

selang seminit kemudian..

me: eleh, memang laa die bole menang pelakon lelaki terbaek. apa yang dia blaja dalam ni sume subjek mase diploma. monolog, mime sume tuh. dia ada basic maa…

rumah mate :hoh, tadi excited sangat! skang nak pertikai pulak!

saya sengih laaagi…

sebaik juara diumumkan, saya membentak tidak berpuas hati.

me: apsal chopie tak dapat? tak adil laa!! wanina zaki dapat je tempat…

rumah mate : tak faham betul aku budak sorang ni. dasar lalang!

me: hehehe… (sengih macam orang biol).

3 comments:

paranoid/childish said...

ada apa dengan shah alam?

tulipbiru said...

inche istiadat@ inche sembOyan???huahuahua...
tp 4 diz moment, S.Alam msih dkat d hati kan..kita msih ada kwn2 kat sna, tp bile diorg da xde mybe sribu kli gak pk if nk ke sna ;p

MeGa said...

paranoid: ada zee, lea & sopi...

tulip: inche istiadat! confirm! hehe...