Monday, April 6, 2009

a story about an MC..

jumaat - 03 april 09...
saya diwajibkan berada di dataran putra, putrajaya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Pak Lah sempena hari tamat bertugas beliau. saya berkumpul di sana jam 3.30 petang. namun, kelibat Pak Lah hanya muncul jam 5.30 petang. tak mengapa. hari terakhir dia. saya teruja. maka, saya relakan diri saya berpanas (series shit panas) menunggu dia. malam tersebut, saya dijadualkan menonton fast & furious 4. lalu sebaik sampai di rumah jam 6.20 petang, saya segera bersiap-siap agar tidak dimarahi oleh bapak supir saya. namun, bapak supir sampainya jam 10 malam. dan, saya kehilangan peluang menonton fast & furious 4. takpe, saya tak marah. sebab saya terlalu sayang untuk mengeluarkan tenaga untuk marah.
sabtu- 06 april 09...
kami membuat cubaan kedua untuk menonton fast & furious 4. alhamdulillah, tgv klcc tak menghampakan. saya dibelanja chicken chop di fud court klcc pada malam tersebut. sedap. tapi, saya takde selera. maka, separuh dari ayam tersebut tidak dijamah oleh saya. maaf ayam. saya kurang berselera.
ahad- 05 april 09...
saya ke sepang hari ni. menonton formula satu. tak! saya bukan lar kaya sangat nak spend duet untuk beli tiket F1 tuh. dapat tiket free. saya cuma bawak diri ajelah. padahal saya lesu sesangat tak terkira. demi cinta, saya turutkan jua. cinta pada hamilton sebenarnya. bukan pada sesiapa. namun, hujan turun mencurah sebaik satu jam acara bermula. dan saya? dibasahi hujan lar jawabnya. saya dah rasa badan saya macam tak mampu bertahan lama. tangan dan kaki semakin menjadi-jadi lenguhnya. tapi, saya diamkan saja. dan, apabila malam... berlaku perbualan es-em-es ini....
Q: cha, jom lepak tengok MU maen malam ni..
saya: aku letih. baru balik. next time k.
Q: ko gie mane?
saya: sepang. tgk F1.
Q: peh! gie taknak ajak. belagak la ko!
saya: orang bagi tiket. aku ikut je.
Q: so, tak nak lepak lar ni?
saya: tak nak.
Q: belagak la ko. bila aku ajak ayik tak nak jek. kalau orang laen ajak, laju je ko pegi.
saya berkeputusan untuk bunuh dia satu hari nanti.
isnin - 06 april 09...
saya MC! migrain tahap tak ingat!! saya tahu apa puncanya..berpanas & berhujan... dan, apabila saya es-em-es bos untuk memberitahu ke-tidak-sihat-an saya, bos merungut kerana saya MC pada hari isnin. saya hanya membalas begini.
"ok. next time saya saket hari laen"
saya ingin mencarut. mengapakah orang sekeliling sangat bodoh dan bengap?? maaf, saya saket kepala. rasa nak marah semata-mata.

3 comments:

Unknown said...

akhirnya ada entry baru dari cik mega.
sunguh best jawapan cik mega,

sekadar ingin berlagak,, setiap kali saya mc secara haram, incek boss pasti akan menukar mc saya kepada al. ini untuk mengalakkan saya memonteng. best kan beliau? haahahah

Cik-MeGa said...

paranoid: sungguh mulia boss kamu itu.

tulipbiru said...

kecian nyer echa...
xpe,nti ad "ubt" sgera baek..