subuh.
satu es-em-es masuk. aku keliru tahap satu. seawal pagi ada yang menghantar teks? aku baca setiap baris ayat yang tersusun dengan penuh hati-hati. ah, es-em-es yang menghancurkan hati. tanpa menunggu lama, aku memadam isi kandungan tersebut. dengan kadar segera juga, aku menutup sistem telefon bimbit aku.
setelah subuh, aku duduk menghadap cermin solek. benci pula melihat diri sendiri. aku menyambung tidur. mahu lupakan segalanya!!
pagi.
aku decide untuk mandi tanpa basuh kepala hari neh. dengan alasan, sayang sama alun rambut yang nampak bermaya. aku perasan tahap satu~
aku membuat satu panggilan di talian celcom. tiada jawapan dari sebelah sana talian. aku keliru tahap dua. bukan kerana tiada jawapan. tapi keliru kerana aku cuba membuat panggilan kepada dia. lantas, aku matikan talian.
sesudah pagi, cuaca mula berubah. tiba-tiba si dia menelefon kembali. aku menjadi benci pada diri aku saat itu. kerana menyusahkan dia hingga terpaksa menelefon aku kembali. aku cuba mencari alasan untuk mengelak dia bertanya sebab aku telefon dia tadi. alhamdulillah, dia tak mengesyaki. sesungguhnya, sayang buat kamu memang tidak rugi!
hujan.
aku melayan derap hujan yang jatuh atas bumbung. sambil mencari damai di hati. ye lina, ayat aku sangat jiwang. lalala. aku mengaktifkan semula talian maxis yang sepi sejak subuh tadi. bertalu es-em-es masuk. huh! mengeluh sendiri. asalnya, aku tukar angka-angka talian kerna mahu menjauhkan diri dari si polan, si polan & si polan juga si polan polan dan polan. tapi sekarang neh, semakin menjadi-jadi. tiap es-em-es dari beliau, aku padam serta-merta tanpa membaca isi kandungannya. aku pedulik hapa. ketenangan adalah aset utama~
oh ya, es-em-es dari Dek La paling menceriakan hati. dia bercerita tentang wang hantarannya. si manja aku tu nak bersuami tak lama lagi.
aku menunggu teduh hujan...
setelah hujan, aku mengesan sesuatu! kepalanya lagi pusing neh. ada rasa pahit di alur tekak. ye, aku yakin! simptom-simptom demam! tak main hujan pun boleh demam ke? aku lesu tahap satu~
p/s: untuk rujukan, tiap-tiap tahun pada bulan ogos aku akan dijangkiti virus demam. menjelang kedewasaan barangkali. hormonnya berubah laku. lalalala.
5 comments:
wadoiii..
kekekeke...
macam2 tahap!
echa x jiwang! tp ayatnya berasas!!!
bodek.bodek
wadoiii..
kekekeke...
macam2 tahap!
echa x jiwang! tp ayatnya berasas!!!
bodek.bodek
ehek,
demam mnuju k'dewasaan~
setelh ujan ade p'langi lorh.
JIWANGGGGGGGGGGG TAHAP 9, kenalkan aku dengan awks yang sesuai dengan aku satuuuuuuuuuu
lina: aku taw la kat entri ni ade nme ko, ckup la post skali jek comment tu..
tp, bodekan ko berhasil!
renhalus: kat bp susa nk cri pelangi. puncak perdana mungkin ade..lalalala
redapples: aku rse aku sesuai gan ko. plg sesuai la krenye!
Post a Comment