Friday, May 2, 2008

--02 may 2008--


“cawan & piring”

kisah bermula apabila cawan dan piring ditemukan sebagai pasangan. kemudian, mereka menjadi mesra. disusun atas rak yang sama. di atur bersebelahan. sering dipadan berdua. jika cawan dipilih sebagai tempat isi air, piring akan dijadikan alas. padanan yang bersesuaian dan menarik. juga, sempurna!

piring akan menjadi tempat cawan melepaskan lelah akibat kepanasan air yang diisi didalamnya. manakala cawan akan menjadi tempat piring bersandar kala diatur di atas rak.

satu ketika, apabila terlalu kerap bersua muka, cawan menjadi jemu. jemu kerana tiada peluang untuk melihat perkara lain kerana berada di bawah kongkongan padanan cinta piring. akhirnya, piring mengambil keputusan untuk memecahkan dirinya. piring melakukan begitu, untuk memberi ruang buat cawan mencari hidup baru tanpa dirinya...

deraian piring tidak dipedulikan oleh cawan.....

5 comments:

Aina said...

em..membaca kisah anda, saya tidak mahu menjadi seperti cawan dan piring. sebab cawan memang selalu tinggalkan piring sendiri. saya mahu jadi seperti baju dan benang. walau baju koyak, benang sentiasa dapat membaikinya kembali. :)

Rye said...

hehehehe

aku plak nak jd sprt awan dan hujan.

sbb bila awan sedih, hujan yg tunjukkan ekspresi tu.
bila hujan sedih, awan panggil matahari untuk hadirkan pelangi...

:)

yerghk...jiwang side of me ke ni??

Zumar Mariah said...

aku nk jd hujan 2~
eh??
;p

Rye said...

hahahah

bole bole.

tapi kau kan awan?

lalala

Cik-MeGa said...

nape x pilih utk jd dri sendiri...
ermm....