1.58am,
masih tak dapat lelapkan mata.
keadaan
ini sangat sukar. berkali-kali memohon diberikan kekuatan. YA, kekuatan itu
diberikan. tetapi, dugaan lain diberikan. dalam ketenangan, ketabahan dan
kekuatan tu, saya jadi sukar lupa dan sukar lena. kehilangan ini benar-benar
melesukan.
Abang
kedua Bonda saya iaitu Pak Ngah saya telah meninggal dunia jam 10.15 malam pada
2 Julai 2013. macam tak percaya! memang tak percaya! sungguh berat ujian yang
Kau berikan setelah Kau hadiahkan ku dengan kemenangan.
1 Julai,
result penuh final exam semester lepas dah keluar. sejak zaman diploma, pointer
terbaik saya adalah 3.33 dan saya sering berasakan bidang yang saya ambik untuk
degree ini adalah sangat salah untuk orang macam saya. tapi, entah kekuatan
datang dari mana entah, saya cuba dan cuba dan cuba 'pulun' dengan tugasan
berkumpulan. waktu tu, niat cuma nak memastikan carry mark saya dapat membantu
memandangkan saya tak gemar membaca buku untuk final exam. dan, bila melihat
pointer 3.45 untuk semester lepas, saya berasakan Tuhan memberikan sesuatu yang
terbaik untuk saya. gembira yang tak dapat diluahkan, perasaan yakin dan
bersemangat sangat mencurah-curah.
tengah
malam tersebut, saya dikejutkan dengan berita Pakngah dimasukkan ke hospital
kerana tidak sedarkan diri. sebaik terjaga jam 2pagi, saya memang tak tido.
teman Bonda yang runsing memikirkan keadaan abang yang paling rapat dengannya.
esoknya, 2 Julai sepanjang saya di ofis, Bonda tak sudah-sudah SMS menyatakan
keinginannya untuk pulang dan melihat keadaan Pakngah. lebih-lebih lagi Pakusu
bagitau keadaan Pakngah kritikal. kami bergegas pulang ke Batu Pahat selepas
Maghrib. dengan saya yang tidak tido semalaman, Inche Hasben yang keletihan
pulang lewat dari kem, kami tawakal semoga perjalanan 3jam 30minit kami
dipermudahkan. sepanjang perjalanan saya asyik berkata dalam hati
"bertahan pakngah, tunggu echa datang". yang paling saya tak percaya,
2jam 30minit kami sudah menjejakkan kaki ke dalam rumah Bonda. sebaik memasuki
pintu rumah, telefon saya berbunyi dan tertera nama Awis (anak Pakngah). saya
menggeleng kepala perlahan sebelum menjawab telefon. hati sudah berdetik.
SubhanAllah. SubhanAllah. iya, Pakngah dah tak ada.
sukar nak
terangkan perasaan ni. ya, dia cuma abang kepada Bonda saya. dia cuma pakcik saya.
dia bukan bapa kandung saya. tapi, selama 27 tahun ini, dia seolah-olah memikul
tanggungjawab itu. dia tak buat yang besar-besar. dia buat yang kecil-kecil.
tapi, dengan perkara kecil itulah saya dapat rasa hidup ber-bapa. dia hantar
dan ambik saya dari sekolah sewaktu saya darjah 1 hingga darjah 6. waktu tu,
dia merupakan pengawal keselamatan shift malam di sekolah tersebut. semua cikgu
kenal dia. jadi, semua cikgu kenal anak-anak dia dan kakak saya dan saya.
perasaan waktu tu untuk budak sekolah rendah adalah 'selamat'. kemudian, jika
kelapangan dia akan hantar dan ambik kakak dari asrama. saya jugak masih ingat
hari pertama Ramadhan tahun 2000, kami bertolak ke SM Teknik Muar jam 4petang
untuk ambik kakak dari asrama. kami bertolak petang sebab kakak tamat paper
terakhir SPM jam 5petang. bayangkan, seorang lelaki yang mempunyai 7orang anak
melepaskan hari pertama berbuka puasa dengan keluarga untuk memastikan anak
saudaranya tidak pulang menaiki bas. SubhanAllah. SubhanAllah.
saya
jugak masih ingat, dia sangat teruja bila kakak dapat masuk tentera. waktu tu,
dia cukup banggakan kakak. dia kata kakak-lah satu-satunya pewaris dia dalam
tentera. masa kakak rekrut, dia bawak Bonda pergi visit kakak. waktu tu, sehari
sebelum Tsunami. Hari Krismas. kami tak pasti boleh visit atau tak. tapi, dia
beria-ia nak pergi. dia kata kalau tak dapat jumpa pun takpe. hermm, hari kakak
posting out, seawal Subuh kami dah bertolak ke PD. perkara itu berlanjutan
sehingga saya berkahwin dengan tentera. dia sangat suka tengok saya balik sebab
dapat sembang dengan Inche Hasben tentang pengalaman-pengalaman lama dia.
dan, saya
masih ingat sewaktu saya balik untuk PRU13, memandu sendiri bawak Bonda dan
anak saya, dia sangat kagum dan buat isyarat 'thumb up' dengan saya. dan, yang
paling buat saya tersentuh. setiap kali berjumpa, pasti dia akan bagi rm3-rm5
pada addinsara. kadang-kadang saya segan nak jumpa. sebab, saya rasa bukan
masanya dia bagi duit pada anak saya. saya yang patut bagi dia duit. kali
terkahir dia bagi duit pada addinsara ialah pada 15Jun2013. dia selitkan duit
RM1 sebanyak 5 helai di celah baju addinsara dan terus pergi. tak tengok saya!
tak tengok addinsara! selalunya dalam pada memberi duit, dia akan tanya balik
KL bila, kirim salam keluarga mertua atau apa-apa perbualan sekadar berbahasa.
tapi, waktu tu takde! dan, saya tak terdetik apa-apa pun.
"Ya
Allah, Kau lahirkan ku dengan dibesarkan oleh seorang ibu sahaja. Kau jauhkan
ku dari bapa kandungku. Kau pinjamkan ku seorang lelaki untuk aku berasa
sedikit nikmat mempunyai bapa. dan kini, Kau ambil kembali pinjaman-Mu. di
penghujung hari ini, dalam kesedihan, aku mula menanam rasa syukur ku kerna aku
tahu setiap takdir-Mu ada hikmah-NYA"
2.44am
*wrote on July 3rd, posted on July 4th
No comments:
Post a Comment