Monday, July 1, 2013

hujung minggu Jun.

30 Jun, hari terakhir pada bulan Jun. hujung minggu terakhir untuk bulan Jun. dan, hujung minggu terakhir saya ber-hujung minggu. sebab, minggu depan dah mula sekolah balik. *tak nak boleh tak?

pagi tadi, bangun awal. eh, bilanya entah yang bangun tak awal kann? sejak ada anak, memang WAJIB bangun awal. tak tahulah orang lain, tapi disebabkan addinsara is the-very-morning-person, Ma pon terusss berbangun awal-lah. lagi pulak addinsara perlu makan antara 10am hingga 12noon. dengan jadual mandikan, masakkan, kemaskan addinsara sajeww Ma dah jadi mak datok bizi sangattt! eh, panjangnya membuat ulasan tentang bangun awal. agagaga.

ok, berbalik pada cerita bangun pagi tadi. lepas siapkan bubur, siap mandi dan prepared ruang rehat addinsara, hakak ajak Inche Hasben pegi pasar. hah, nak ceghita part pasar ni. kami sangat-sangat jarang membeli kat Pasar Awam Presint 8 tuh. selalu kami akan beli barang dapur means lauk-lauk basah dan barang-barang kering kat Pasar Tani Putrajaya, Tuesday dan Friday setiap minggu. dan, jadual pembelian barang dapur kami adalah RM50 untuk 2 minggu. kami selalu pegi Pasar Tani yang hari Jumaat tuh je. so, dengan berpegang pada jadual yang sama, Inche Hasben bagi RM50 sebelum keluar pintu rumah. I tell you what, semasa baki dalam tangan hakak cuma RM10, barang-barang yang telah hakak berjaya beli adalah seekor ayam (RM13.40), Ikan Kembung 6 ekor saiz S (RM4.50), one bag of Indocafe saiz S, Onion + Garlic kuantiti tak lebih 10 biji setiap satu jenis, sepeket ketumbar + sepeket jintan (RM15.80), Santan Segar 2 pek (RM6). nervous jahhhh!! sayur tak beli lagi nih. tu ikan patut 2 jenis tu. memang terasa sangat kemerosotan ekonomi kaww! ok, tutup citer yang sadis itewww.

ok, balik dari pasar, Inche Hasben dan addinsara bergelimpangan tido. yelah, macam mereka yang pergi membeli barang dapur. dia orang tunggu hakak dalam keta jek okehh. sebaik mereka tido, hakak pon menjalankan operasi. operasi pertama, mengeluarkan tudung-mudung. pilih punya pilih. uish, banyak juga ye. hahaha! ok, cuci semua tudung-mudung. kemudian, hakak bergegas ke rak kekasut pulak. kekasut ni dari zaman bujang, tunang, just married dan semasa mengandung. try-try sikit, muatttt! cuci jugaklah! tu diaaaa, banyak jugak. tapi entah kenapa entah sebelom-sebelom ni kalau ada wedding asyik nak merungut kat Inche Hasben "yang, takde kasut laa nak pegi wedding si polan bin polan tu" atau "yang, kena beli tudung untuk baju nak pakai pegi wedding si polan binti si polan tu" hikhikhik.

hermm, gigih tak hakak? ok, sebenarnya ini tidak mencukupi ye. sebab, sepatutnya nak re-organize bilik paling hujung dalam rumah ni. nak beri keselesaan pada penghuni bilik sekiranya ada tetamu. namun, minggu depan hakak nak sekolah dah. jadi, marilah kita tangguh niat murni kita. dan, hakak dengan selambanya mengatakan ini kepada Inche Hasben: "nanti nak raya kita call Siti Cleaner Service tu eh?" ^_^

*raya nak dekat sangaaattt nih. Kelantan, here I come


No comments: