Tuesday, May 6, 2014

sudden infant death syndrome.


saya baru sudah baca blog Ibu kepada Allahyarham adik Armand yang disahkan meninggal dunia kerana tersedak susu pada bulan lepas (April 2014). memang saya menangis lah. kematian, sesuatu yang kita tak boleh kawal. kematian, sesuatu yang kita tak boleh duga. kita hanya mampu redha. saya takut dengan kematian. dan saya rasa, semua di kalangan kita takut dengan kematian.

kat entri sebelum ni, saya ada cerita yang saya jugak baca tentang sudden death. penerangan Ibu Allahyarham tentang rutin Allahyarham dan hari kejadian serta hasil post-mortem membawa kepada kesimpulan bahawa Allahyarham meninggal kerana sudden death. ya, saya percaya.

masa baca dan tahu tentang SIDS (SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME) ni saya masih dalam tempoh berpantang. hati betul-betul berdebar masa tu. saya mula mengingati dosa-dosa saya yang memungkinkan Addin diambil dari saya. minta dijauhkan. dengan condition Addin yang bangun menyusu 1jam sekali pada waktu malam yang mana saya sangat mamai, saya kerap terlepas pandang pada dia yang sedang menyusu dan kembali lena. kemudian, bila saya terjaga saya akan segera check pernafasan dia. perkara itu berlanjutan sehingga Addin mampu memegang botol susunya sendiri. waktu tu dia berusia 9 bulan rasanya. tapi, saya masih ada dekat dengan dia. sebab banyak pembacaan saya menyatakan SIDS mengancam bayi berusia 2 tahun ke bawah (tapi hari ni saya baca 1 tahun ke bawah, mungkin saya silap baca sebelum ni). jadi, selagi Addin tak capai usia yang membolehkan saya rasa dia jauh dari itu, saya masih punya rasa takut.

Addin selalu terlena masa botol masih dalam mulut

saya takde petua, takde tips untuk dikongsi. saya sendiri hanya membaca. jadi, saya sarankan para ibu untuk banyak membaca. jangan abaikan keratan kecil di majalah Pa & Ma (just mention a source that normally been read by mommies) kerana kadangkala info yang sedikit itu memberi panduan sepanjang hayat kepada anda. saya jugak bukan kata dengan punya pengetahuan boleh mengelak kematian. saya hanya cuma menyarankan untuk mempunyai pengetahuan. jadi, kita akan waras dari menuduh sesiapa. dalam hal ini, saya memuji ibu Allahyarham adik Armand kerana menerima dengan redha. kerna, mati itu pasti.

buat Allahyarham Mas Armand Saiff, semoga gembira di sisi-NYA.

2 comments:

PwettyPearl said...

Same goes with me.. huhu.. Ms b'pntang tu, i celik mate je cek nafas baby, seriously risau gile psl SID ni.. Hari2 camtu, smpi skrg i bt pangai gitu lagi sbb Eshan salu t'sedak ms minum susu skrg, kdg kua balik ikut idung dia. Each time dia menyusu mmg i/ jimmo/ my sis akan dok sebelah dia..huhu.. Hopefully Allah bg kekuatan kat ibu Armand, sedih bc =(

Cik-MeGa said...

tu la kan. risau tu sampai skrg ni kdg2 bangun tgh malam check dia ok ke tak.