Saturday, June 8, 2013

berbulan-bulan berasa madu.

Bismillahirahmanirrahim....

haaa, meletop sangat tajuk cerita hakak. oh, sebelum tu nak bagitau. oleh kerana malaysia sedang dibanjiri mind set Comel Tak Kak Tonnnnnnn, saya dan juga iolls nak bahasakan diri sebagai hakak! mengikuti perkembangan terkini katanya!

al-kisah, pada 10 September 2011 hakak telah berkahwin-lah kan. kemudian, pada 17 september 2011 pulak merupakan hari pertama dunia sekolah hakak bermula kembali. haaaa, hakak kahwin seminggu sebelum masuk sekolah. uolls hado gatai macam hakak? hikhik. maka, dengan itu hakak dan inche hasben tidak bercuti berbulan bermadu semua bagai. hakak cakap "nanti saya cuti semester kita plan okay".

pertengahan Januari 2012, tamat final exam semester I, cuti semester pon bermula. berminggu-minggu menuju ke cuti semester tu memang dah plan itu ini begitu begini. namun namun namun, hakak disahkan pregnant 5 minggu! hikhikhik. gatai kan? so, dengan rela hati hakak dan inche hasben melupakan langsung-langsung hasrat untuk naik ke bulan dan menghirup madu-madu iteww.

kini, our addinsara is about to be anak dara (masa sangat pantas sebaik memiliki anak!). dan idea untuk naik ke bulan untuk menghirup madu semakin jauh ditinggalkan. sehinggalah semalam. hakak sibuk membeli-belah online dan gatai-gatai klik website KTMB. terus menanam azam untuk membawa addinsara menaiki kenderaan awam satu hari nanti. tiba-tiba, TING! kepala hakak keluaq mentol kaler kuning dua tigi bijik. mengapa tidak membawa addinsara backpack travel dan bersama inche hasben naik ke bulan dan menghirup madu? kan? kan? 

lalu, hakak terus check schedule tren ke lokasi yang diidamkan. buat costing transport dan hotel, makan, libur segala bagai. ok, masih dalam bajet yang menarik. terussss bukak planner tengok available date. haaaa, disinilah kejadian kekecewaan bermula. uolls, sepanjang 30 hari bulan Jun ni, 6 hari hakak kena mengadap paper exam. 6 hari uolls!! habis Jun, Julai tu dah Ramadhan. hamboiii, terer kemain nak ber-back pack bulan Ramadhan kau jahh. habis Ramadhan, Syawal yang mana dalam planner dah terang tak payah bersuluh tulis KELANTAN di situ. so, hengat balik Kelantan tu tak pakai duit? kata si Tipah dalam minda kiri. hahahaha.

tapi takpe. hakak simpan idea mentol kuning dua tigi bijik neh. bulan Oktober belum tengkujuh lagiiiii kan. bulan November pon boleehhhhh lagi. masa tu pon, addinsara dah besar panjang. boleh pikul beg sendiri =p

nota kecik: inche hasben gelak taw hakak nak bawak addinsara naik keretapi. kamon laa inche hasben, we must create good memories to our manja santubong ulik mayang princess kannnnn.

No comments: